Berita Hari Ini

Tabah besarkan tiga anak

TASEK GELUGOR – Seorang ibu tunggal tabah membesarkan tiga anaknya walaupun hanya mengambil upah melakukan kerja kampung dan mencuci pinggan mangkuk di kedai di Kampung Guar Petai, di sini.

Siti Rozaina Awang Rahman, 34, berkata, sejak berpisah dengan suaminya, ketiga-tiga anaknya, Siti Khalijah Mohd Yusri, 18, Mohd Hafizzudin, 16 dan Sabri, 10, tinggal bersamanya.

Menurutnya, biarpun hanya cukup makan, dia mahu anak-anaknya berjaya dan tidak susah sepertinya.

“Saya kini menyewa rumah dengan kadar sewaan sebanyak RM150 sebulan.

“Dengan upah kerja kampung dan cuci pinggan mangkuk di kedai, berapa sangatlah saya boleh dapat,” katanya.

Siti Rozaina berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya amat memahami keadaan yang mereka hadapi.

Katanya, kehidupan mereka sekeluarga juga bergantung pada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat.

“Penduduk juga tak pernah sisihkan kami dan selalu membantu,” katanya.

Pada 23 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kisah wang zakat milik Siti Rozaina yang hilang dicuri ketika rumahnya dipecah masuk.

Tambahnya, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan dapur dan sekolah untuk anaknya.

“Saya harap pelaku itu dapat terima balasan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, JKM Seberang Perai Utara mengadakan lawatan mengunjungi keluarga ini. Difahamkan keluarga ini baru menerima bantuan JKM pada setiap bulan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");