Jenayah

Tak pernah serik!

Kuala Lumpur: Tak pernah serik walaupun diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa, namun sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri, Puchong dikesan masih beroperasi dengan menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Dalam operasi jam 11 malam kelmarin, seramai 22 GRO ditahan sepasukan anggota Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Judi (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Jurucakap polis berkata, seorang lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai penjaga di premis berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, semua GRO berusia 20 hingga 30 tahun itu dikesan bekerja tanpa permit yang sah.

“Penjaga premis berkenaan ditahan selepas didapati menggajikan pekerja tanpa permit yang sah manakala semua GRO ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah.

“Premis ini pernah diserbu beberapa kali oleh D7 IPD Serdang sejak tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke IPD Serdang untuk tindakan selanjutnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");