Membawang Hari Ini

Tak sabar pengalaman pertama

Nafiz Muaz atau nama sebenarnya Muhammad Nafiz Muaz, 18, bakat baru yang dicungkil menerusi Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

Anak jati Kedah ini mula mengorak langkah sebagai pelakon dan mempersiapkan diri untuk penggambaran drama pertamanya, Sweetie Nanie untuk slot Lestary TV3.

“Alhamdulillah, Mei ini saya akan mula menjalani penggambaran drama Sweetie Nanie terbitan Creative Skill Solution. Meskipun belum dapat skrip, saya teruja dan tidak sabar untuk merasai pengalaman pertama ini,” katanya.

Sebagai pendatang baru, Nafiz mengakui dirinya perlukan lebih banyak pendedahan bagi memahami selok-belok dunia lakonan.

“Saya ingin menuntut ilmu lakonan sebanyak mungkin. Masih banyak yang perlu saya buat untuk menggilap bakat yang ada.

“Sebelum ini, saya pernah bertemu beberapa pelakon senior antaranya Saharul Ridzwan, Ellie Suriati dan Nazim Othman. Mereka berkongsi tip bagaimana mahu jadi pelakon yang bagus,” katanya.

Ditanya apakah kaedah yang digunakan bagi meningkatkan skil lakonan selain berguru dengan senior, Nafiz berkata dia ada cara tersendiri.

“Saya banyak menonton drama dan filem untuk memantapkan lakonan. Daripada situ saya dapat lihat apa yang perlu dan tidak perlu ada dalam lakonan. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan mengikuti kelas lakonan,” katanya.

Tambahnya yang kini menantikan keputusan tawaran ke institut pengajian tinggi, dia ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang lakonan.

“Kalau ada rezeki saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Namun, andai sebaliknya saya akan fokus kepada lakonan dan masuk kelas lakonan.

“Buat masa ini, saya akan berulang- alik dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur. Jika semuanya sudah stabil, saya akan fikirkan sama ada terus menetap di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Nafiz berhasrat bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri lakonan antaranya Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.

Nafiz mengakui meminati dunia pengarahan kerana itu adalah cita-citanya selain bergelar pelakon.

“Saya akan belajar perlahan-lahan dan mengumpul ilmu terlebih dahulu. Semoga perjalanan sayamendapat sokongan semua pihak dan berjalan lancar,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");