Berita Hari Ini

Tanah sawah merekah

Machang: Kesan kemarau di daerah ini semakin ketara apabila sawah padi di Kampung Pangkal Chuit kering -kontang susulan tidak hujan sejak 22 hari lalu.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu menyaksikan tanah sawah merekah, selain tidak cukup bekalan air untuk menyuburkan tanaman.

Petani, Mohd Zulkifli Zakaria, 31, berkata, tidak menafikan cuaca panas pada tahun ini menjadi cabaran kepadanya untuk menyelia lebih 220 hektar sawah.

“Sekarang kerja membajak sedang dijalankan untuk tanaman musim baharu yang bermula Mei ini dan saya berharap dapat menanam padi mengikut jadual baru kerana saya bergantung sepenuhnya pada air hujan dan air bukit.

“Kebiasaanya pada musim panas, selain masalah tanah merekah, ia juga boleh memberi kesan kepada tanaman dan hasil padi sekiranya pengairan tidak sempurna.

“Oleh itu, saya bertanggungjawab bagi memastikan tanaman padi menerima bekalan air secukupnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, cuaca panas kesan El Nino yang sedang melanda negara juga menyebabkan kutipan padinya pada Februari lalu berkurangan.

Seorang lagi petani Ismail Idris, 50, berkata, melihat kepada keadaan cuaca yang belum ada tanda hujan membimbangkannya.

Bukan hanya tanaman terjejas, dia juga terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan.

“Kemarau sering berlaku setiap tahun, namun pada tahun ini adalah yang paling teruk. Rasa saya sudah hampir tiga bulan tidak hujan dengan cukup.

“Bahang panas sangat luar biasa, bekalan air untuk penanaman padi dilihat hampir kering, malah tanah juga merekah,” katanya berharap cuaca beransur pulih.

Jabatan Meteorologi Malaysia kelmarin melaporkan dua daerah di Kelantan tidak menerima hujan sejak 22 hari lalu iaitu Machang dan Kota Bharu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");