Jenayah

Tangan tutup plat motor

Gombak: Mungkin terkejut selepas menyedari gambar mereka dirakam penduduk, seorang penjenayah yang membonceng motosikal secara spontan menutup nombor pendaftaran kenderaan itu sedangkan wajahnya jelas kelihatan dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, baru-baru ini.

Perbuatannya yang menutup nombor pendaftaran itu gagal menyembunyikan identiti mereka apabila kedua-duanya diberkas polis di Setapak, kelmarin, selepas siasatan mendapati mereka terbabit dengan kegiatan curi motosikal dan kereta.

Difahamkan, orang ramai mengambil gambar dua lelaki itu selepas curiga dengan gelagat mereka terutama pembonceng yang spontan melindungi nombor pendaftaran motosikal dengan tangan ketika berlegar-legar di kawasan perumahan sebelum memuat naik di laman sosial.

Walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa, namun malang bagi penjenayah itu apabila gambar mereka yang diviralkan diserahkan wartawan Harian Metro kepada Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad.

Hasil maklumat itu, polis memberkas kedua-dua penjenayah berusia dalam lingkungan 30 tahun terbabit di Setapak.

Ali berkata, semakan pihaknya mendapati tiada sebarang laporan diterima mengenai kehadiran dua lelaki itu, namun beliau mengarahkan pasukannya membuat siasatan.

“Sejurus mendapat gambar daripada wartawan, kami melakukan siasatan dan menahan dua lelaki itu di Setapak pada jam 6.30 petang dan 8.30 malam semalam (kelmarin).

“Mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian kenderaan. Siasatan diteruskan untuk mengetahui pembabitan kedua-dua lelaki ini dalam kes lain.

“Kami membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");