Panasnya Hari Ini

Tangkapan Rafizi Ala ‘Gestapo’- Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penangkapan Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung parti itu Rafizi Ramli semalam yang disifatkan cukup keterlaluan.

Menurut Presidennya, penangkapan Rafizi yang disifatkannya seperti ala ‘Gestapo’ apabila beliau dikatakan telah ditarik keluar daripada keretanya oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.

“Saya difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi berkaitan sebuah dokumen yang berada di bawah akta tersebut,” catatnya menerusi laman sosial faceboook parti itu.

Tambahnya lagi, PKR percaya bahawa tangkapan itu berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.

“Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Pendirian KEADILAN mengenai Akta Rahsia Rasmi adalah konsisten dan jelas: KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.

“Tatkala negara dilanda pelbagai masalah integriti seperti urus tadbir 1MDB dan skandal “RM2.6 bilion”, ahli-ahli politik seperti Rafizi, yang cukup dikenali rakyat sebagai seorang yang berani melawan kebobrokan dan salah guna kuasa pemerintah untuk selamatkan Malaysia.

“Sepatutnya bukan ditangkap tetapi dirai kerana bangkit mempertahan integriti demokrasi negara kita,” catatnya lagi.

Beliau turut menggesa agar Naib Presiden serta Setiausaha Agung parti itu dibebaskan pada kadar segera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");