Berita Hari Ini

Teksi tempatan disediakan pelbagai aplikasi menjelang akhir tahun

KUALA LUMPUR: Pelbagai aplikasi akan dipasang pada teksi tempatan seperti yang disediakan oleh perkhidmatan Uber dan Grabcar, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata penyediaan aplikasi berkenaan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan perkhidmatan yang disediakan.

Katanya, beberapa pertemuan dengan persatuan sudah dilakukan malah akan ada lagi perjumpaan bagi membincangkan penyediaan aplikasi yang dibantu kerajaan.

“Aplikasi terbabit akan mengumpulkan semua teksi tempatan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan dan ia akan dipantau kerajaan bagi memastikan aktiviti berjalan mengikut undang-undang.

“Ia juga akan memaparkan kadar tambang yang diluluskan kerajaan sekali gus mengelakkan berlakunya monopoli, penipuan kadar tambang dan pilih kasih dalam memberi perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Selat Melaka 2016 Ke-8, anjuran Institut Maritim Malaysia (MIMA) di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147590

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");