Jenayah

Terdengar tangisan bayi depan rumah

BAYAN LEPAS: Seorang bayi perempuan lengkap berpakaian dan masih bertali pusat dijumpai di hadapan sebuah rumah di Teluk Kumbar, di sini awal pagi tadi.

Bayi cukup sifat itu dijumpai seorang lelaki yang pada ketika itu sedang nyenyak tidur namun terjaga setelah terdengar tangisan bayi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Norsalawati Saad berkata, bayi berkenaan diletakkan di hadapan rumah lelaki berusia 33 tahun itu dengan dibaluti baju sejuk.

“Bayi itu dijumpai diletakkan diatas lantai di hadapan pintu rumah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat logistik di Kampung Masjid Teluk Kumbar kira-kira jam 3 pagi tadi.

“Dia membuka pintu rumahnya setelah 15 minit terdengar tangisan bayi berkenaan.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, polis masih mengesan identiti suspek berikutan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian selain tiada saksi kerana waktu kejadian adalah awal pagi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");