Sukan Hari Ini

The Red Giants wajib menang!

PEMAIN Selangor diingatkan supaya tidak memandang rendah cabaran Sheikh Jamal menjelang aksi Kumpulan E saingan Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata, beliau yakin kelab bimbingan Shafiqul Islam Mank berkenaan akan memberi tentangan sengit walaupun Sheikh Jamal sebuah pasukan kecil.

“Misi buru tiga mata amat penting walaupun kita menang di gelanggang lawan, saya harap pemain tidak ambil mudah pasukan ini.

“Banyak orang pandang rendah pasukan ini tapi laluan (Selangor) tidak mudah. Mereka juga sudah tentu ingin cari kemenangan. Apa yang penting adalah kita memenangi pertemuan ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Hafiz Kamal, Zainal Abidin berkata status bekas pemain Pahang itu akan diputuskan sebelum perlawanan.

“Saya tak boleh nak sahkan mengenai Hafiz, Kamal kerana segalanya hanya akan diketahui selepas latihan petang nanti (semalam),” katanya sambil mengesahkan bahawa penyerang importnya, Mauro Olivi tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang kelab tercorot Kumpulan E berkenaan.

Zainal Abidin berkata, keputusan tersebut dicapai selepas hasil siasatan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi satu perjumpaan dengan pemain The Red Giants.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");