Membawang Hari Ini

Tiada halangan berulang-alik

Biarpun terpaksa ‘terbang’ ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, juara Bintang RTM 2016, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, tetap bersedia untuk menempuh cabaran.

Penyanyi berbakat besar kelahiran Tambunan ini bersyukur dengan kemenangan yang dicapai baru-baru ini, namun belum merancang apa-apa dengan hadiah kemenangannya itu.

Dengan kemenangan itu, Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Selain itu, Rosario turut memenangi kategori Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Menurut Rosario, dia berkemungkinan menggunakan hadiah kemenangan itu untuk menghasilkan single sulungnya.

“Sememangnya kemenangan ini memberi satu kegembiraan buat diri saya kerana tidak pernah mengikuti kelas vokal,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan persembahan sempena Majlis Ekspresikan Cinta di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Katanya, dia juga tidak mempunyai halangan untuk berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

“Jika saya perlu menetap di ibu kota, saya akan lakukan tetapi buat masa ini lebih selesa berulang-alik jika ada tawaran persembahan,”katanya.

Ketika ditanya mengenai program berkenaan, Rosario berkata, Bintang RTM adalah platform untuk pengiat seni mengasah bakat dalam bidang nyanyian dan terbukti sudah menghasilkan nama besar seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Ramlah Ram.

Katanya, biarpun tidak terikat dengan kontrak bersama RTM, Rosario tetap merakamkan penghargaan kepada RTM kerana memberi peluang kepada bakat baru di Malaysia.

“Buat masa ini, saya merancang membuat single namun tetap akan memberi komitmen kepada RTM untuk sambutan ulang tahunnya ke-70 tahun dan beberapa program yang sudah ditetapkan,” katanya.

Rosario memulakan karier dalam bidang nyanyian sejak bersekolah. Dia kemudian menyertai koir gereja selain pernah mengikuti pertandingan nyanyian Sugandoi peringkat Sabah pada 2014 sempena Pesta Kaamatan.

Selain itu, Rosario juga pernah menyertai pertandingan Bintang Remaja anjuran RTM pada 2014.

Dalam final Bintang RTM baru-baru ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");