Membawang Hari Ini

Tiada penyingkiran

Lokasi yang jauh tidak menjadi penghalang kepada peminat setia pelakon yang terbabit dalam program realiti Gempak Superstar untuk hadir ke Pinewood Studios Iskandar Malaysia, Johor.

Disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD saluran (123) pada jam 9 malam, program yang dibarisi 10 pelakon itu dimulakan dengan persembahan pertama Arja Lee dengan membawakan lagu Penasaran.

Dapat dilihat dewan penuh dengan ahli kelab peminat setiap pelakon antaranya kelab peminat Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Izreen Azminda.

Menutup tirai persembahan daripada Izreen yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku, nyata konsert minggu pertama berjaya menarik perhatian penonton tidak hanya di dalam studio, malah penonton di rumah apabila program itu berjaya mendapat ‘trending’ tertinggi di seluruh dunia.

Artis lain yang membuat persembahan, Dazrin (Hanya Aku), Elizad (Tiada Lagi), Nazim Othman (Nirmala), Raja Ilya (Terukir Di Bintang), Ryzal Jaafar (Mengenangmu), Sherry Ibrahim (Kalis Rindu), Soffi Jikan (Ratu ku) dan Tasha Shilla (Wanita Terbahagia).

Tiada penyingkiran pada konsert minggu pertama, namun berada pada kedudukan terbawah, Tasha akur dan mengganggap setiap pertandingan mesti ada yang kalah dan menang.

“Saya lega apabila persembahan selesai dan saya terima apabila mendapat keputusan terendah. Apa yang penting saya memberikan yang terbaik dan melakukan seperti apa yang diajar Datuk Ramli MS.

“Meskipun ada yang mempertikaikan vokal saya, saya berpuas hati kerana berjaya melakonkan watak sebagai patung. Saya hanya ingin berhibur dengan apa yang saya lakukan termasuk menyertai program ini. Mungkin juga ini sebagai permulaan untuk saya berjinak-jinak dalam bidang nyanyian,” katanya.

Melihat persembahan teman lain, Tasha mengakui persaingan sengit daripada Elizad, Sherry dan Nazim.

Sementara itu, Sherry yang mendapat keputusan tertinggi pula berkata, dia bersyukur berada pada kedudukan itu.

“Saya rasa amat bersyukur tidak menyangka mendapat tempat tertinggi. Saya akui gementar dan tempoh latihan yang singkat membuatkan saya sukar menyanyi sambil menari.

“Diharap untuk persembahan minggu berikutnya saya dapat menghilangkan rasa gementar itu apatah lagi untuk persembahan konsert minggu kedua saya akan menyanyikan lagu yang agak berat,” katanya.

Juri tetap konsert itu, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Amy Mastura manakala juri jemputan pengarah terkenal, Michael Ang.

Kedudukan untuk konsert minggu pertama ini di tempat pertama Sherry diikuti Nazim, Elizad, Izreen, Soffi, Ilya, Ryzal, Arja, Dazrin dan terakhir, Tasha.

Dalam pada itu, Ogy berkata, dia tidak dapat melihat persembahan artis seiring dengan nyanyian masing-masing.

“Saya melihat mereka sebagai aktor. Persembahan malam ini perlu menggabungkan nyanyian dan lakonan, tetapi saya tidak melihat perkara itu berlaku di pentas. Saya juga berharap mereka dapat lebih berkomunikasi dengan penonton dan kamera,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");