Sukan Hari Ini

Tiada sasaran buat Chong Wei

JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan mahu melihat aksi terbaik Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan, yang bermula semalam, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Menurut Hendrawan. walaupun tiada sasaran khusus diletak kepada bekas pemain nombor satu dunia itu, namun Chong Wei perlu mengekalkan taraf sebagai antara terbaik di dunia.

“Chong Wei tidak perlu terlalu memikirkan mengenai kejuaraan. Saya mahu dia menikmati permainannya dalam setiap kejohanan yang disertai tanpa berasa tertekan.

“Tapi saya kenal Chong Wei, dia ada semangat mahu menang setiap kali turun beraksi.

“Apa yang penting perlu elak dapat kecederaan,” katanya.

Pada aksi pertama hari ini, Chong Wei akan menentang Wang Zhengming dari China dan seandainya tiada kejutan berlaku, seteru utamanya, Lin Dan bakal menunggunya di separuh akhir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");