Panasnya Hari Ini

Tidak Perlu Bertemu Mahathir – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Keinginan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin tidak akan tercapai apabila Ketua Pembangkang itu menolak pelawaan mantan Perdana Menteri itu.

Ini kerana, Wan Azizah berkata, pada ketika ini tidak ada keperluan untuk beliau bersama-sama dengan Tun Mahathir dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia.

“Buat masa sekarang tidak perlu (untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir),”katanya ringkas, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau bersedia untuk berjumpa dengan Wan Azizah bagi membincangkan cara bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 29 Mac lalu, Tun Mahathir telah menyertai siri jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah.

Himpunan tersebut turut disertai oleh pemimpin PKR, AMANAH, DAP dan bekas pemimpin kanan UMNO.

Sebelum itu, beberapa pemimpin tertinggi pembangkang termasuk dari PKR telah menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir bagi mengadakan siri jelajah anti-Najib ke seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");