Panasnya Hari Ini

Tidak Timbul Konflik Kepentingan Peribadi- Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa tidak timbul sebarang konflik kepentingan peribadi dalam perniagaan menjual dan membaiki senjata yang dimiliki oleh anak perempuannya.

Memetik sumber Mstar online, tegasnya anak perempuannya memulakan perniagaan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

“Mereka mendapat lesen perniagaan sebelum saya menjadi Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program ‘Bicara Persada’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Tambahnya lagi, beliau turut melarang anaknya daripada memohon tender daripada kerajaan mahupun pasukan polis.

“Kalau ada apa-apa tender diberikan kepada mereka melalui saya, Sarawak Report perlu melaporkannya sekarang.

“Jadi saya tidak fikir wujud layanan istimewa atau konflik kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan portal itu bahawa wujud konflik kepentingan peribadi dalam pemberian lesen senjata kerana beliau enggan menjejaskan siasatan.

“Saya yakin akan ada siasatan jadi saya tidak mahu menjejaskannya dengan memberikan sebarang komen,” katanya.

Portal Sarawak Report mendakwa anak kedua Khalid, Juwiza Khalid, 32, merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Nilai Arms & Ammunitions (NAA).

Malah menurut portal itu, abang ipar Khalid, Mohd Isa Husin, 59, juga merupakan pemilik bersama perniagaan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");