Panasnya Hari Ini

Tindakan Sekat Program Dr Zakir Naik Memalukan Negara -PAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan dan cubaan menyekat pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik adalah sesuatu yang memalukan negara.

Ujarnya, program Dr Zakir Naik yang dijadualkan di Melaka pada 17 April ini sepatutnya dilihat dalam pendekatan ilmiah.

“Tindakan dan cubaan menyekat ceramah Dr Zakir Naik sebenarnya memalukan negara. Negara sepatutnya membudayakan dialog dan wacana ilmiah selaras dengan ciri masyarakat makmur dan sejahtera.

“Forum beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan semua tempat lain sepatutnya dilihat dalam pendekatan ilmiah,”ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Tuan Ibrahim lagi, Dr Zakir Naik tidak pernah memperlekeh mana-mana agama sebaliknya meminta masyarakat memikirkan sesuatu perkara secara ilmiah dalam bentuk perbandingan agama.

“Dr Zakir yang terkenal dengan pendekatan ilmiah dalam mengemukakan hujah di forum terbuka untuk dijawab semua yang sudi hadir sepatutnya diterima bagi oleh semua pihak.

“Bagi HINDRAF, MIC dan DAP, datanglah berdepan dengan Dr Zakir di forum terbuka, jika beliau ada memperlekehkan agama lain ketika forumnya, maka tindakan boleh diambil selepas itu.

“Tidak perlu mana-mana pihak menjatuhkan hukuman atau menggelar nama jijik pada beliau sebelum apa-apa berlaku,”tegasnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan negeri Kelantan sudi untuk memberikan ruang kepada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik untuk berkongsi serta berdebat dengan hujahnya dengan rakyat negeri itu sekiranya pendakwah itu mempunyai masa.

Dalam masa yang sama, PAS juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang turut sudi membuka gelanggang di Perlis kepada Dr Zakir Naik.

Selain itu, beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Mufti Pulau Pinang dalam memberi pandangan bernas dalam menangani isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");