Sukan Hari Ini

TMJ cabar KJ, FAM berbahas

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan cabaran kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee untuk berbahas mengenai kemerosotan pasukan bola sepak tanah air.

Turut dicabar berada di pentas sama ialah Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan.

Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail turut menggesa Astro untuk mengadakan siaran langsung di televisyen tentang sesi perbahasan itu bagi membicarakan tentang prestasi buruk pasukan bola sepak kebangsaan serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan selepas ini.

“Juga dalam program ini, mereka perlu membenarkan para penyokong untuk menyuarakan pendapat mereka dan menanyakan apa-apa soalan yang mereka mahu,”katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan daripada Khairy yang mengatakan bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti.

Tunku Ismail berkata, suara peminat bola sepak tanah air perlu menjadi keutamaan kerana mereka mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh pasukan bola sepak tanah air

“Saya individu yang telus dan jujur. Ini adalah satu cabaran daripada saya. Saya bukan ahli politik dan saya tidak memerlukan sebarang undi.

“Saya lakukan ini kerana saya sudah penat dan bosan dengan pembohongan serta perkara-perkara yang cuba diselindungkan,” titah Tunku Ismail lagi.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata pihaknya bersetuju pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti namun dalam hal ini mereka tidak sewajarnya disalahkan.

“Saya adalah seorang anggota tentera dan saya dilatih untuk menggalas tanggungjawab. Jika mana-mana anggota tentera kita tidak layak untuk menjalankan tugas mereka, siapakah yang bersalah? Ia adalah kesalahan kita.

“Jika pemain bola sepak kita kurang kualiti, siapa yang bersalah? Ia adalah sistem dalam persatuan bola sepak dan latihan dari jurulatih kita. Ianya mudah,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");