Isu Panas

Tolak Najib bukti demokrasi wujud dalam Umno

KOTA BHARU – Tindakan dua cawangan Umno di Machang meluluskan usul menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti menggambarkan budaya demokrasi masih subur dalam parti itu.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan tersebut juga menggambarkan perbezaan pendapat turut dibenarkan dalam parti itu.

“Tidak menjadi masalah kepada kedua-dua cawangan Umno berkenaan untuk bertindak demikian kerana ia masih dalam lingkungan saluran parti.

“Walaupun begitu, Ketua Umno Cawangan Lepan Simpol, Datuk Sazmi Miah perlu menunggu sehingga semua cawangan selesai bermesyuarat sebelum membuat dakwaan kononnya rata-rata ahli Umno di akar umbi menolak Najib,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kamarul Zaman berkata, jika terbukti majoriti ahli Umno di peringkat cawangan dan kawasan masih menyokong Najib maka kedua-dua cawangan ini perlulah akur dengannya dan kembali menyokong Najib

“Sebaliknya jika mereka terus menentang sedangkan majoriti menyokong, maka mereka perlu meletakkan jawatan atau keluar dari parti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");