Panasnya Hari Ini

Tolak Usaha Tun Mahathir Libatkan Istana

KUALA LUMPUR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba melibatkan pihak istana untuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tolak oleh PAS, tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik laporan Sinar Harian, Abdul Hadi menyatakan bahawa beliau tidak mahu menarik pihak tertentu untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan berikutan negara ini mempunyai parti-parti politik serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita tidak mahu menarik pihak-pihak lain yang tidak perlu ditarik dalam sebarang perubahan.

“Kita ada parti politik, NGO dan semua pihak lain. Itu terpulang kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian untuk mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir pada 27 Mac lalu yang mengharapkan agar pihak istana mendengar keluhan rakyat dan campur tangan untuk menggesa Najib meletakkan jawatan.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, terdapat dua cara demokrasi yang boleh digunakan untuk menurunkan seseorang pemimpin daripada jawatannya iaitu menerusi undi tidak percaya di Parlimen atau pilihan raya.

Beliau juga tidak menolak sekiranya demonstrasi diadakan untuk menyatakan bantahan, namun katanya, ia mesti mengikut proses dan penjelasan yang betul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");