Isu Panas

Tony Pua gesa Arul lapor polis

KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy digesa membuat laporan polis berkaitan apa yang disebutnya sebagai penipuan yang mungkin membabitkan orang dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Arul bertanggungjawab melaporkan sebarang penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB supaya siasatan boleh dilakukan segera.

“Biar pihak polis menyiasat, dia kena buat sekarang untuk memastikan dia tidak didapati terlibat untuk menutup keseluruhan penyelewengan dalam siasatan sebelum ini.

“Kalau dia tak buat laporan polis, sedangkan dia sebagai CEO syarikat mengakui dan mengesyaki berlaku penyelewengan, ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tony berkata, jika Arul mensyaki kesalahan itu berlaku, beliau perlu mendedahkan segera kepada pihak polis untuk proses siasatan.

“Kalau mengesyaki ada kesalahan dan penyelewengan yang berlaku (dalam 1MDB), buatlah laporan polis.

“Lebih baik dia yang buat (laporan polis) sebab dia pun percaya ada penyelewengan berlaku,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");