Sukan Hari Ini

TRW bangkit luar biasa

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez mengakui terkejut dengan kebangkitan luar biasa Kelantan sehingga membuatkan pasukannya hampir tewas buat pertama kali dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Gomez berkata, barisan pemainnya beraksi cemerlang pada separuh masa pertama apabila mencipta banyak peluang dan menguasai hampir sepenuhnya perlawanan tersebut.

“Selepas Juan Martin Lucero jaring gol kedua, kami nampak selesa, namun jaringan pertama Kelantan itu hadir terlalu pantas. Kedudukan 2-1 ketika itu menyebabkan permainan kembali terbuka bagi kedua-dua pasukan.

“Pemain kami banyak hilang bola dalam babak kedua dan dua hantaran lintang pemain tuan rumah menyebabkan kami dihukum dengan keputusan seri, pada malam ini (kelmarin),” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Biarpun gagal meraih kemenangan ke atas Kelantan, namun Gomez tetap berpuas hati dengan prestasi anak didiknya walaupun sekadar membawa pulang satu mata dalam perlawanan itu.

Malah jurulatih kelahiran Argentina itu tidak menganggap pemainnya melakukan kesilapan ketika skuad kendalian K Devan tampil memadamkan kelebihan awal setelah Juan Martin Lucero meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0.

“Kami tidak melakukan kesilapan cuma memang Kelantan malam ini (kelmarin) memberi tekanan sehingga kita banyak kehilangan bola. Saya fikir lebih baik kita seri dan memperoleh mata daripada kalah dalam perlawanan ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");