Panasnya Hari Ini

Tubuh Majlis Media Masih Dalam Perbincangan- Apandi Ali

KUALA LUMPUR:Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa penubuhan Majlis Media masih terbuka kepada perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum dimuktamadkan kelak.

Ujarnya, ia termasuk rujukan dan perbincangan dengan pengamal media jika inisiatif itu dilaksanakan.

“Ketika ini, kertas kerja Rang Undang-Undang Majlis Media sudah digubal namun belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada perbincangan semua pihak,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bual Bicara Peguam Negara bersama Pengarang dan Pengamal Media bertajuk Media dan Undang-Undang: Perspektif Negara anjuran Institut Akhbar Malaysia di sini, sebentar tadi.

Mohamed Apandi berkata, penubuhan majlis itu pernah diusulkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi perundangan.

“Cadangan Perdana Menteri itu baik dan boleh melatih serta memacu industri media di negara ini ke arah industri yang lebih matang.

“Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan serta kesesuaiannya perlu dikaji dengan penuh teliti,” katanya.

Ketika ini, antara negara yang mengamalkan kawal selia industri media secara kendiri adalah Australia, New Zealand, United Kingdom dan India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");