Panasnya Hari Ini

Tuduhan Terhadap Anwar: PKR Cabang Permatang Pauh Kecam Tindakan Tun M

KUALA LUMPUR: PKR Cabang Permatang Pauh hari ini tampil mengecam tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengulangi tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua PKR Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali menegaskan bahawa tindakan itu sekali gus menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tidak layak bersama gerakan rakyat `Selamatkan Malaysia’.

Ujarnya, seluruh kepimpinan dan ahli di cabang itu berdiri teguh dan menyokong pendirian Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk tidak bersama pakatan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir juga digambarkannya seorang nasionalis hebat yang cintakan negara dan sanggup selari dengan agenda reformasi pakatan harapan, bagaimanapun tindakan itu lebih untuk kepentingan peribadi apabila menyerang dan mengulangi tuduhan moral terhadap Anwar seperti tahun 1998.

“Dr Mahathir seorang politikus tua yang takut dengan sejarah silamnya, hasil tangan dan idea mentadbir negara bangsa hampir 30 tahun dengan meletakkan negara dalam konflik perkauman, rasuah, keselamatan dan parahnya ekonomi negara.

“Sebahagian besar generasi muda ketika gerakan reformasi yang kini sudah melewati usia lebih 40-an amat mengenali susuk dan lenggok tubuh serta silat politik Dr Mahathir yang rakus dan kejam tanpa belas kasihan terhadap musuh politiknya,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, dilaporkan, Dr Wan Azizah akhirnya menyerang secara terbuka Dr Mahathir yang dianggap orang kuat gerakan Selamatkan Malaysia selain menjelaskan sebab beliau enggan menyertai pakatan itu.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah yang juga merangkap ketua pembangkang, menggantikan Anwar selepas beliau dipenjara atas tuduhan liwat tidak memberikan sebab mengapa beliau tidak turut sama dalam gerakan itu.

Dr Azizah dilaporkan berkata ia disebabkan wawancara Dr Mahathir bersama akhbar The Australian mendakwa Anwar tidak mempunyai moral untuk memimpin negara.

Turut bertindak menolak pemikiran dan pakatan Dr Mahathir ialah Ketua PKR Cabang Balik Pulau, Datuk Abdul Halim Hussain yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");