Panasnya Hari Ini

Tun M Akui Pernah Terima Kuda

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama CNN Indonesia baru-baru ini mengakui beliau memiliki 40 ekor kuda.

Menurutnya, beliau tidak membeli kuda tersebut sebaliknya, ia adalah sumbangan daripada Presiden Pakistan ke enam, Muhammad Ziaul Haq.

“Saya banyak kuda, ada 40 ekor kuda. Ramai orang yang beri kuda kepada saya, bukan saya beli.

“Saya nak beli dua ekor kuda dari Pakistan, bila Ziaul Haq dengar saya hendak beli kuda, dia bagi dua ekor. Saya tidak payah beli,” katanya.

Dr Mahathir yang kini menggerakkan Deklarasi Rakyat turut menyatakan bahawa beliau gemar menunggang kuda di waktu lapang selain turut melakukan senaman di ‘treadmil’ serta mengangkat berat.

“Kadang-kadang bila ada waktu senggang, saya menunggang kuda, treadmill, angkat berat sedikit,” ujarnya memetik sumber laporan Freemalaysiatoday.

Terdahulu, Dr Mahathir merupakan antara yang lantang mempersoalkan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir tampil mengesahkan sumbangan derma yang diterima Perdana Menteri itu datangnya daripada kerajaan Arab Saudi.

Adel Al-Jubeir turut menyatakan pihaknya menyedari sumbangan tersebut diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");