Panasnya Hari Ini

Tun M Ambil Tindakan Yang Betul – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya dalam entiti berkaitan kerajaan adalah langkah terbaik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tentu sukar bagi kerajaan sekiranya seseorang yang tidak bersama dengan dasar kerajaan memegang jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Tentunya sukar (bagi) pihak kerajaan jika seseorang yang tidak bersama dengan dasar kerajaan dan pada waktu yang sama memegang pelbagai jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan, walaupun ia hanya sebagai penasihat,”katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Proton Holding Berhad (PROTON), pengerusi Group Lotus Plc, Canselor Universiti Teknologi Petronas, Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Ahmad Zahid turut berkata, tindakan yang diambil oleh bekas Presiden UMNO itu memperlihatkan bahawa Tun Mahathir faham dengan apa yang perlu dilakukannya apabila tidak lagi mendukung dasar kerajaan.

Kata Ahmad Zahid lagi, walaupun PROTON bukanlah syarikat kerajaan, namun ia mempunyai hubungan dengan Dasar Automatif Negara dan tentunya syarikat pengeluar kereta itu memerlukan beberapa sokongan teknikal dan kewangan dari kerajaan.

Ahmad Zahid turut berkata, setakat ini masih tiada desakan supaya Tun Mahathir melepaskan jawatan sebagai Presiden Kehormat dalam Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pada 11 Mac lalu, Kabinet telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai penasihat Petronas.

Sebelumnya, pada 29 Februari, Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO selepas hilang kepercayaan terhadap parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");