Panasnya Hari Ini

Tun M Beri Penjelasan Letak Jawatan Sebagai Pengerusi PROTON

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberikan penjelasan kepada semua pihak tentang keputusannya meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad (PROTON), 30 Mac lalu.

Ujarnya, keputusan beliau itu dibuat selepas beliau melihat PROTON seolah-olah mempunyai masalah dengan kerajaan dan atas sebab-sebab tertentu penjualan kereta PROTON telah menurun secara drastik.

“Saya tidak dipecat oleh pihak pengurusan PROTON atau pemilik. Saya membuat keputusan saya sendiri, demi PROTON, saya terpaksa pergi.

“Saya juga tidak mempunyai sebarang dendam terhadap PROTON dan saya juga tidak mahu ia gagal walaupun selepas saya meletak jawatan,”ujarnya menerusi catatan di blog beliau, chedet.cc.

Ujarnya lagi, beliau tidak mahu menjadi punca mengapa PROTON tidak berupaya untuk pulih kerana beliau masih kekal dengan syarikat kereta nasional itu.

Ujarnya lagi, PROTON sentiasa mempunyai idea-idea yang hebat dengan memperkenalkan model-model baru yang mempunyai kualiti yang baik dan berikutan itu, PROTON tidak boleh mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan.

Kata Tun Mahathir, PROTON kini adalah milik persendirian selepas ia dibeli pada harga RM5.50 per saham (harga asal ialah RM2.95 tetapi naik selepas bidaan).

Selain itu, ujar beliau lagi, polisi kerajaan menggalakkan syarikat pembuatan kereta supaya menggunakan bahan tempatan dan semua kereta yang dibuat atau dipasang di Malaysia layak menerima rebat duti eksais berdasarkan peratusan kandungan tempatan digunakan.

“Kerajaan juga turut mendakwa telah menyediakan geran dan pelbagai bentuk bantuan termasuk kehilangan cukai dengan jumlah RM13.9 juta.

“Cukai insentif berjumlah RM1,320 juta kepada PROTON juga layak untuk bukan kereta nasional, RM773.8 juta untuk penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang layak untuk semua pengeluar automotif dan RM12,532.6 juta insentif khas untuk semua pemain automotif.

“Manakala jumlah sumbangan kerajaan daripada tahun 1985 sehingga sekarang ialah RM14,631.4 bilion dan sumbangan PROTON kepada kerajaan sejak tahun 1985 ialah RM24.905 bilion. Jelas sekali PROTON yang membayar lebih kepada kerajaan berbanding sumbangan kerajaan kepada PROTON,”jelasnya.

Jelas Tun Mahathir lagi, suntikan modal oleh Kerajaan menerusi dua dana berjumlah RM400 juta yang telah dibayar penuh.

“ Selain itu, Proton telah dibiayai sepenuhnya bagi kilang PROTON di Tanjung Malim sebanyak RM1.8 bilion daripada tabung dalamannya yang pada ketika itu mempunyai jumlah yang mengejutkan iaitu sebanyak RM 4 bilion.

“PROTON telah membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 12,000 pekerja dalam satu-satu masa secara langsung dan 250,000 pekerja secara tidak langsung. PROTON telah mengurangkan aliran keluar dana mungkin berjumlah lebih dari RM100 bilion,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");