Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Kini Tersepit

KUALA LUMPUR: Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan yang tersepit apabila pemimpin PKR mahu Deklarasi Rakyat memperjuangkan kebebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

“Mereka nak Tun Mahathir kata yang Anwar tak bersalah. Mereka yakin Anwar ini tahanan politik. Sebab itu mereka sanggup pasang ‘billboard’ seumpama itu di seluruh Selangor.

“Jadi apa yang mereka nampak ialah orang yang boleh mempengaruhi dalam perkara ini adalah Tun M. Bermakna Tun M adalah orang yang paling rugi bila dia pergi menyertai pembangkang sebenarnya,”ujarnya, lapor Sinar Harian.

Dalam masa yang sama, Noh yang juga Pengerusi Tindakan Persekutuan Selangor turut berkata, PKR pula yakin bahawa Tun Mahathir adalah orang yang berpengaruh untuk mengatakan Anwar tidak bersalah.

“PKR gunakan Mahathir supaya seiringan dengan mereka, sebaliknya bekas perdana menteri itu pula cuma mahu Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

“Yang untung DAP dan PKR. Menyedihkan apabila bekas perdana menteri yang pernah pesan jangan percaya kepada berita asing dan usah jaja kedaulatan negara, tapi sebab kepentingan peribadi, kini beliau sanggup buat apa sahaja,”ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, DAP hanya menunggu masa untuk memecahbelahkan UMNO selepas berjaya melakukan perkara yang serupa terhadap PAS sehingga mewujudkan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ujarnya, tindakan Tun Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO bersekongkol dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib ternyata akan memberi kelebihan kepada DAP.

“Bila Tun Mahathir bersekongkol dengan pembangkang, DAP yang untung, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

“DAP yang berjaya sebab mereka hanya nak memecahbelahkan PAS dan UMNO,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");