Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Sertai Himpunan Anti-GST

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah telah hadir ke perhimpunan anti-Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di ibu kota, petang tadi.

Tun Mahathir yang tiba sekitar jam 5.10 petang turut menyampaikan ucapan ringkas selain daripada meminta mereka yang hadir ke demonstrasi tersebut untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.

“Tolong tandatangan Deklarasi Rakyat supaya kita dapat salurkan rintihan yang dialami kepada Majlis Raja-raja Melayu.

“Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi Raja akan dengar suara rakyat, tanpa rakyat tiadalah Raja.

“Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat harus didengari,”katanya, lapor mStar.

Terdahulu, peserta demonstrasi telah bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran Merdeka.

Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) dan kumpulan Otai Reformasi.

Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Perak berhampiran Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");