Panasnya Hari Ini

Ubah Gelaran IS Kepada Anti- IS : Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR: Penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik mendesak agar media negara Islam mengubah gelaran militan IS kepada anti-IS, kerana pengganas itu secara terangan dan jelas bukannya memperjuangkan Islam.

Ujarnya, tindakan militan itu yang membunuh orang tidak bersalah tidak boleh diterima kerana ia tidak langsung mencerminkan nilai Islam sebenar.

Berikutan itu, beliau menggesa agar media terutama dalam kalangan negara Islam tidak perlu mengiktirafnya.

“Mereka sendiri menggelarkan diri sebagai IS… jika saya mendakwa diri sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) datang melawat sekolah ini (Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia), adakah media akan menulis saya adalah Presiden AS?

“Pasti tidak, kerana anda tahu saya bukan Presiden AS. Sama juga dengan IS, kita tahu mereka bukan pejuang IS, jadi mengapa anda menulis mereka IS? Anda sepatutnya menulis mereka anti-IS.

“Dengan merujuk sebagai IS, kita secara tidak sedar mempromosikan mereka dan membiarkan salah faham mengenai Islam terus berlaku,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian dalam syarahan dan sesi soal jawab di Kolej PERMATA Insan di USIM di Bandar Baru Nilai hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");