Panasnya Hari Ini

UMNO di Terengganu Terumbang Ambing

KUALA LUMPUR: Kemelut yang melibatkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat telah menyebabkan kedudukan UMNO di Terengganu terumbang ambing.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia perlu diselesaikan segera.

Justeru itu, beliau berkata, UMNO mempunyai tiga pilihan untuk menyelesaikan krisis antaranya menukar Menteri Besar baharu, membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS atau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya mengadakan pilihanraya negeri.

Jelasnya, kemelut dalaman kepimpinan parti tersebut perlu diselesaikan segera meskipun UMNO mempunyai kedudukan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang amat membebankan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata, kemelut UMNO di Terengganu ibarat tidak berkesudahan sehingga ianya menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat.

“Dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan UMNO Terengganu yang tidak berkesudahan,” tegasnya.

Terdahulu, Sultan Mizan telah mengumumkan bahawa baginda melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa 22 April lalu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama.

Ahmad Rafiz dalam kenyataannya berkata, beliau redha dengan keputusan itu dan tetap setia kepada Sultan Mizan.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");