Isu Panas

Umum tiga calon langsung BN

Kuching: Calon langsung Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dikehendaki untuk keluar daripada parti masing-masing.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, calon langsung BN terbabit hanya dibenarkan berkempen sepanjang PRN-11 nanti dengan menggunakan simbol BN sahaja.

“Apabila mereka menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya nanti, mereka boleh memilih untuk memasuki mana-mana parti dalam komponen BN sahaja,” katanya ketika mengadakan sidang media khas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Dalam sidang media itu, Adenan turut mengumumkan tiga calon langsung, iaitu Miro Simuh bagi DUN Serembu, John Ilus (DUN Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (DUN Mulu).

Adenan membuat kejutan apabila mengumumkan dua calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Miro dan Gerawat sebagai calon langsung bagi DUN Serembu dan Bukit Semuja ketika ramai yang meramalkan kerusi itu menjadi rebutan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Beliau turut mengumumkan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya yang juga bekas Mufti Perlis sebagai calon di DUN Jemoreng.

Calon lain yang Adenan umumkan pada sidang media itu antaranya, Datuk Idris Buang bagi DUN Muara Tuang, Awla Dris (DUN Simunjan), Shafiee Ahmad (DUN Daro), Mohd Chee Kadir (DUN Kabong) dan Jefferson Jamit Unyat (DUN Bukit Goram).

Dalam pada itu, dua calon, Datuk Abdul Wahab Aziz dan Datuk Ambrose Blikau akan mempertahankan kerusi masing-masing di DUN Kalaka and Katibas.

Setakat ini,Adnenan sudah mengumumkan 70 calon BN bagi menghadapi PRN-11 akan datang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");