Panasnya Hari Ini

‘Usahlah terpedaya dengan sandiwara pembangkang’ – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru agar rakyat Sarawak untuk tidak terpedaya dengan sandiwara yang ditunjukkan oleh pembangkang.

Beliau berkata, pada masa ini, pembangkang dengan jelas dilihat tidak mempunyai kestabilan dan kesepakatan sesama mereka.

Jelasnya, ia berikutan mereka tidak dapat mencapai kata sepakat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila mereka bertanding sesama sendiri.

“Kita boleh lihat dengan terang ketidakstabilan dan tiadanya kesepakatan antara pembangkang. Untuk bertanding pun tidak dapat mencapai kata sepakat, apatah lagi untuk memimpin negeri dan negara.

“Ini belum lagi mengambil kira untuk membentuk kabinet, atau memutuskan siapa layak memimpin jawatan apa. Kucar-kacir negeri Sarawak nanti!,” tegasnya menerusi catatan terbaharu di laman blognya, NajibRazak.com.

Najib berkata, ada dalam kalangan mereka berterusan menabur fitnah jahat, menyerang keperibadian seseorang semata-mata kerana parti yang diwakili.

“Politik berteraskan fitnah dan adu domba ini memang telah sebati dengan mereka, dan langsung tiada tempat di dalam mana-mana pilihanraya,” jelasnya.

Beliau turut yakin bahawa rakyat Sarawak dapat melihat dengan jelas sandiwara dan topeng kepura-puraan yang dipakai oleh pembangkang itu dan akan membuat keputusan sewajarnya apabila membuang undi.

“Usahlah terpedaya, kita kekalkan kemajuan dan kesejahteraan Bumi Kenyalang, terus sejahtera dan membangun pesat bersama gelombang biru Barisan Nasional!,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa pada pagi semalam beliau bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah menunaikan solat hajat dan menyertai rombongan ke pusat penamaan calon untuk Pilihanraya Negeri Sarawak.

Katanya, kesemua calon Barisan Nasional yang dinamakan tiba bersatu sebagai sebuah pasukan sebagai Team Barisan Nasional, Team Adenan.

Gambar:- Blog NajibRazak.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");