Jenayah

Video Pengebom Berani Mati Dalam Serangan Paris Didedahkan

PERANCIS mendedahkan satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai militan meletupkan diri di sebuah kafe dalam serangan Paris pada 13 November musim lalu.

Media barat mendakwa hasil penelitian dari kamera litar tertutup (CCTV) itu letupan berkenaan dilakukan oleh Brahim Abdeslam, 31, yang disebut sebagai suspek sebelum ini.

Pada malam tersebut juga ahli kumpulan suspek turut melakukan letupan di Perancis yang menyebabkan 130 orang terbunuh.

Abdeslam yang memegang pasport Perancis kelihatan memasuki kafe berkenaan pada pukul 9.40 malam hari kejadian.

Dia kelihatan ketakutan dan meluru masuk ke dalam kafe berkenaan selepas ditinggalkan sebuah kereta.

Suspek sambil berjalan ke sebuah meja kosong telah menutup mukanya sebelum menarik tali pinggang bom untuk meletupkan kafe tersebut.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");