Berita Hari Ini

Wartawan Bekas Tahanan ISA 17 Tahun Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Pengarang Utusan Malaysia, Said Zahari meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Anak sulungnya, Roesman Mohd Said memberitahu The Star bahawa bekas tahanan politik selama 17 tahun di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew itu meninggal dunia ketika tidur kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa.

Sebagai penyokong kuat kebebasan akhbar, Said berpindah ke Malaysia untuk menyertai anak-anaknya pada 1980 selepas dibebaskan daripada tahanan di Penjara Changi, Singapura.

Beliau bagaimanapun terus mengekalkan kerakyatan Singapuranya.

Said yang dilahirkan di Singapura dikenali selepas mengetuai mogok kakitangan akhbar Utusan Melayu yang membantah cubaan Umno untuk mengambilalih akhbar paling berpengaruh ketika itu.

Tindakan Said mengetuai mogok itu menyebabkan beliau tidak dibenarkan kembali ke Malaysia selepas mengadakan lawatan ke Singapura bagi urusan kerja.

Beliau kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun dan kembali menetap di Malaysia pada 1989 selepas permohonan beliau untuk balik ke Malaysia diluluskan kerajaan Malaysia ketika itu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");