Sukan Hari Ini

Woods sudah daftar

Los Angeles: Bekas pemain nombor satu dunia Tiger Woods sudah mendaftarkan diri untuk menyertai Terbuka Amerika Syarikat Jun ini, menurut Persatuan Golf Amerika Syarikat, semalam.

Woods mempunyai tempoh hingga hari ini untuk mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu di Kelab Golf dan Country Oakmont tahun ini tetapi dia melengkapkan pendaftarannya tiga minggu lalu.

Pemain berusia 40 tahun itu tidak menyertai sebarang kejohanan tahun ini sejak menjalani dua pembedahan belakang pada 2015.

Ejen Woods Mark Steinberg memberitahu ESPN pendaftaran untuk menyertai kejohanan itu hanyalah satu prosedur biasa buat juara 14 kejohanan utama itu.

“Tidak ada sebab tertentu yang boleh diandaikan daripada tindakannya itu,” kata Steinberg.

Woods turut mendaftarkan diri untuk menyertai Terbuka AS tahun lalu sebelum menarik diri selepas gagal pulih sepenuhnya daripada pembedahan.

Awal bulan ini, dia menarik diri daripada menyertai kejohanan Masters AS di Augusta dengan alasan tidak dapat pulih sepenuhnya jika kembali bermain sebelum tempoh yang dibenarkan.

“Saya cuba bermain dan berlatih tapi secara fizikalnya saya tidak sedia sepenuhnya,” kata Woods dalam satu kenyataan.

“Saya sudah beberapa kali berkata saya perlu berhati-hati dan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesihatan serta karier saya berpanjangan… perkembangan kesihatan saya berjalan baik dan saya gembira dengan keadaan sekarang tapi saya masih belum menetapkan tempoh untuk kembali bermain.”

Minggu lalu, Golf Channel melaporkan Woods mengintai kemungkinan untuk bermain pada kejohanan Wells Fargo di Charlotte dari 5 hingga 8 Mei ini atau Kejuaraan Pemain di TPC Sawgrass dari 12 hingga 15 Mei ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");