Sukan Hari Ini

‘Yang penting menang…’

Kuala Lumpur: Pemain sayap Perak Nurridzuan Abu Hassan percaya mereka sudah mendapat semula keyakinan tepat pada masanya bagi menghadapi PKNS pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Jelasnya, kejayaan meraih kemenangan pertama di laman sendiri dalam aksi Liga Super musim ini apatah lagi ke atas pendahulu FELDA United minggu lalu kini menjadi rangsangan semua pemain.

“Ia kemenangan cukup penting buat kami dan kami mahu teruskan momentum kemenangan itu apabila berdepan PKNS minggu ini. Namun kami kena berusaha lebih keras kerana PKNS bukan lawan yang mudah.

“Walaupun PKNS pasukan dari Liga Perdana, mereka tetap pasukan yang bagus, memiliki penyerang import yang bahaya (Gabriel Guerra),” katanya kepada Arena Metro semalam.

Selepas perlawanan separuh akhir pertama April lalu berkesudahan seri 2-2, peluang untuk Perak dan PKNS untuk mara ke final Piala FA masih terbuka.

Nurridzuan, 24, yang menjadi antara watak penting kemaraan Perak dalam kempen kali ini termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menyingkirkan Kuala Lumpur pada suku akhir amat mengidamkan nikmat beraksi di pentas berprestij itu.

“Kalau ikutkan, kami sudah selangkah ke final tapi masih ada 90 minit permainan untuk menentukan pasukan yang layak. Memang saya sasarkan untuk menang piala dengan Perak, tapi saya perlu memberi fokus pada setiap perlawanan terlebih dulu.

“Setakat ini saya baru menjaringkan dua gol untuk Perak dalam saingan Piala FA dan saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana apa yang penting adalah kemenangan pasukan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");