Jenayah

10 lori tanah, simen kena sita

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lori tanah dan lori simen disita dalam Ops Bersih siri 12 dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara bersepadu.

Ketua Operasi, Ketua Inspektor Afzal Nizan Abdul Latif berkata, operasi dilakukan di tiga lokasi iaitu di Jalan Kuching, Jalan Davis dan Lebuhraya Besraya.

Menurutnya, tindakan itu diambil di bawah Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997.

“Sejumlah 20 notis kompaun, meliputi 12 oleh DBKL, tujuh polis trafik dan satu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), bernilai lebih RM25,000 dikeluarkan.

“Kesemua yang diambil tindakan dikenal pasti melakukan kesalahan tiada lesen memandu, tiada permit laluan DBKL, tiada permit SPAD dan membuat kekotoran di jalan awam,” katanya.

Afzal menambah, operasi sama akan diteruskan bagi mengawal aktiviti lori tanah yang beroperasi secara haram.

“Beberapa kawasan dikenal pasti menjadi laluan lori-lori yang beroperasi ini, jadi tindakan penguatkuasaan akan diperhebatkan,” katanya.

Operasi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu disertai 25 anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL, polis trafik dan SPAD.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");