Jenayah

21 PATI ditahan JIM

Tawau: Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu di Jalan Dumpas dan Jalan Merotai, dekat sini, petang semalam.

Ketua Cawangan JIM Tawau, Noraini Rasi berkata, semua PATI berusia antara 15 dan 55 tahun itu ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dalam sekatan jalan raya yang dilakukan bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Dalam operasi yang bermula jam 2.30 petang itu, seramai 97 individu diperiksa.

“Bagaimanapun, 21 orang terdiri daripada sepuluh lelaki dan 11 wanita gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tambahnya, semua PATI itu kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau perjalanan sah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");