Berita Hari Ini

60,000 maut dalam penjara Syria

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 60,000 meninggal dunia dalam penjara Syria sejak lima tahun lalu akibat didera atau disebabkan krisis kemanusiaan teruk, termasuk kekurangan makanan, kata pemerhati.

Ketua kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), Rami Abdel Rahman, berkata beliau mengumpulkan angka itu yang diperoleh daripada sumber rejim.

“Sejak Mac 2011, sekurang-kurangnya 60,000 maut disebabkan penderaan atau keadaan yang teruk, terutama kekurangan ubat atau makanan di pusat tahanan rejim,” katanya.

Katanya, bilangan kematian tertinggi direkodkan di penjara Saydnaya selain pusat tahanan yang dikendalikan perisik tentera udara dan pasukan keselamatan negara itu.

Ribuan tahanan ditahan di penjara Saydnaya, antara pusat tahanan terbesar Syria yang terletak 30 kilometer ke utara Damsyik.

Kumpulan hak asasi menuduh kerajaan Syria menggunakan kaedah penderaan dan tidak berperikemanusiaan dalam pusat tahanannya.

Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Februari menuduh kerajaan Syria dasar ‘penghapusan’ dalam penjaranya.

SOHR yang beribu pejabat di Britain berkata, ia sudah mengumpulkan senarai 14,456 nama termasuk 110 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam penjara rejim itu. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");