Jenayah

92 pengawal keselamatan ditahan

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menahan seramai 92 pengawal keselamatan dan merampas empat senapang patah menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Pematuhan ke atas pengawal keselamatan di sekitar Lembah Kelang yang dilaksanakan selama dua hari bermula Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, operasi bersepadu terbabit menumpukan pengawal keselamatan bersenjata dan tidak bersenjata bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Katanya, tumpuan pemeriksaan adalah membabitkan sekolah, pusat beli-belah, bank, kedai emas, pengurup wang, kawasan perumahan dan pembinaan yang mempunyai pengawal keselamatan.

“Dalam tempoh dua hari seramai 815 pemeriksaan dilakukan dan seramai 92 pengawal keselamatan dengan pelbagai kesalahan.

“Daripada jumlah itu, seramai 86 individu adalah warga asing membabitkan kesalahan (60) tidak memiliki dokumen, (2) visa tamat tempoh, (23) salah guna permit dan (1) menggunakan identiti palsu.

“Manakala selebihnya adalah warga tempatan termasuk seorang warga Indonesia mendapat taraf penduduk tetap. Di mana tiga individu ditahan selepas dikesan positif dadah, seorang dikehendaki dan seorang lagi mempunyai waran tangkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya turut merampas empat senapang jenis pump gun daripada pengawal keselamatan berkenaan yang ditahan berkenaan.

“Tiga daripada senapang dirampas adalah milik suspek positif dadah dan satu lagi membabitkan permit senjata palsu,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");