Perak Hari Ini

950 Pelatih GiatMara di Perak Terima Sijil

GOPENG: Seramai 950 pelatih GiatMara di negeri ini yang menamatkan pengajian memperolehi sijil masing-masing sempena Majlis Graduasi GiatMara Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Banquet RTC Gopeng, Perak di sini, hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan disaksikan oleh Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Azian Osman.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Timbalan Pengerusi GiatMara Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah; Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Malaysia, Datuk Mohd Rosdi Ismail dan Pengarah GiatMara Negeri Perak, Adek Awang Semail.

PERAKTODAY4

Kesemua graduan tersebut telah menerima Sijil Kemahiran Profesional GiatMara dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2.

Menurut Azian, sebanyak 300,000 pekerja mahir dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan oleh 231 Pusat GiatMara di seluruh negara sejak penubuhannya, 30 tahun lalu.

PERAKTODAY5

Jelasnya, kira-kira 23,000 pekerja mahir pula dihasilkan setiap tahun menerusi kursus-kursus yang ditawarkan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir di negara ini.

Tambahnya, terdapat sebanyak 24 buah Pusat GiatMara telah diwujudkan di negeri Perak selepas GiatMara yang pertama di Gerik pada tahun 1988.

Ujar Azian lagi, sehingga kini, seramai 31,794 orang pelatih telah dilahirkan menerusi 64 kursus yang telah ditawarkan di negeri itu.

“Daripada jumlah tersebut, GiatMara negeri Perak telah berjaya melatih seramai 1,923 orang usahawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah banyak memberikan bantuan kepada pihak GiatMara dalam usaha untuk memberikan ruang dan peluang kepada para pelatih.

PERAKTODAY2 (1)

Sementara itu, Zambry berkata, usaha yang dilakukan oleh GiatMara tersebut adalah selaras dengan dasar yang dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya bagi membina dan juga mengembangkan potensi pelajar-pelajar ataupun golongan yang ketinggalan daripada mendapat peluang pendidikan di peringkat lebih tinggi.

“Ianya dapat menyediakan ruang dan peluang kemahiran kepada anak-anak negeri Perak dengan harapan ianya akan membekalkan mereka dengan kemahiran bagi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan apabila mereka graduasi nanti,” katanya lagi,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");