Berita Hari Ini

Adun Aulong tarik saman pemula terhadap speaker Perak

IPOH – Adun Aulong daripada DAP, Leow Thye Yih hari ini menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Speaker Dun Perak, Datuk Seri S.K Devamany dan kerajaan negeri Perak berhubung penggantungannya daripada sidang Dun selama sebulan dari 1 April lepas.

Penarikan balik saman yang difailkan pada 29 April lalu dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Peguam Leong Cheok Keng yang juga Adun Malim Nawar itu ketika ditemui pemberita berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Perak.

“Beliau (Leow) telah menerima nasihat bahawa kes ini telah menjadi akademik.

“Lagipun kami lega sebab gaji Leow tidak dipotong pada bulan Mei. Oleh itu perkara ini telah menjadi akademik jadi kami pohon untuk menarik balik kes ini dengan kebebasan untuk memfailkan semula dengan tiada perintah ke atas kos,” katanya.

Thye Yih memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Leong & Tan antara lain bagi memohon deklarasi bahawa penggantungan gajinya termasuk elaun dan tuntutan bagi tempoh 1 April hingga 30 April tidak mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Thye Yih juga memohon deklarasi bahawa beliau berhak kepada semua saraan dan lain-lain elaun dan/ataupun manfaat yang diberikan kepadanya di bawah Perkara XXXVID Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menurut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Thye Yih turut menuntut kos dan relif lain yang ditentukan wajar dan sesuai oleh mahkamah.

Devamany pada 7 April lepas mengumumkan penggantungan Thye Yih dibuat mengikut Perintah Tetap Dun setelah beliau didapati membuat tuduhan berniat jahat terhadap seorang Adun semasa persidangan lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");