Membawang Hari Ini

Al!f Hasil Lagu ‘Mama’ Kenang Arwah Ibu

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sleeq iaitu Alif memberitahu single terbaharunya berjudul Mama dihasilkan khas bagi mengenang arwah ibunya, Maria Salim yang meninggal dunia pada 16 Februari lalu.

Alif atau kini mahu dikenali sebagai Al!f berkata, lagu berkenaan mempunyai maksud mendalam kepadanya yang mengisahkan tentang hubungan seorang anak dan ibu kandunganya.

“Saya pada awalnya tidak merancang untuk melancarkan Mama sebagai single tetapi lagu ini saya cipta khas untuk arwah ibu saya.

“Menerusi lagu ini banyak nilai sentimental yang saya masukkan terutama dari segi susunan lagu dan lirik yang mempunyai maksud cukup mendalam.

“Ia adalah dedikasi saya terhadap ibu kerana hubungan kami sangat erat,” katanya.

Dalam pada itu, Al!f berkata, dia ingin berkongsi lagu berkenaan dengan peminatnya kerana sedar ada di antara yang pernah merasai kehilangan insan paling penting dalam hidup.

“Saya harap lagu ini boleh memberi semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengar terutama sekali kepada mereka yang telah kehilangan bonda tercinta,” katanya.

Sementara itu, muzik video Mama turut memperlihatkan Al!f memasukkan beberapa koleksi gambar peribadi bersama ibunya sebagai kenangan bersama wanita itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");