Isu Panas

Amanah jangan ungkit kisah lama

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengesahkan penyertaan dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar diingatkan supaya tidak mengungkit kisah lama selain memberi fokus terhadap agenda menumbangkan BN.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, jika tidak, tindakan sedemikian hanya merugikan pembangkang.

“Bertanding secara sihat. Tak perlu lagi dendangkan isu lama dan tak perlu menyalahkan antara satu sama lain.

“Kita datang dari parti pembangkang dan kena ingat, fokus utama adalah untuk nafikan pengekalan kuasa BN di Kuala Kangsar,” katanya semalam.

Beliau turut mengharapkan semua parti yang bertanding pada PRK itu menjadikannya sebagai platform dalam melaksanakan tanggungjawab demi kebajikan rakyat.

“Kita nak PRK ini jadi medan ukhuwah kepada rakyat. Bukan tempat bermusuh, menyerang peribadi calon dan dendangkan perkara yang tidak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan dari sudut spiritual perlu diberi perhatian memandangkan ia merupakan isu yang melatari kehidupan masyarakat di Kuala Kangsar.

“Sekarang, banyak masalah sosial membabitkan masyarakat berlaku bukan sahaja di sini malah di merata tempat.

“Jadi, penekanan dari sudut spiritual sangat penting bagi membendung gejala ini daripada terus berlaku,” katanya,

Ditanya mengenai peluang Pas dalam PRK itu, beliau yakin Pas mampu melakar kejutan dan pada masa sama kegagalan BN dalam urus tadbir negara mencerahkan peluang parti.

“Memang kita tak pernah menang di Kuala Kangsar tetapi berdasarkan senario politik terkini, kita yakin akan lakarkan kejutan.

“Rakyat juga sudah sedar dengan bebanan dan tekanan yang dilakukan BN,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");