Panasnya Hari Ini

AMANAH Sedia Calonkan Anak Tok Guru Bertanding PRU14

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya bersedia untuk mencalonkan anak kepada Allahyarham Tok Guru, Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Namun, tegas beliau, kesediaan AMANAH itu mestilah berlandaskan kompromi bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Ujarnya, itu adalah salah satu usaha bagi memastikan Kelantan tidak kembali jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

“(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi Menteri Besar Kelantan. Kalau tanya saya, senang sahaja jawapannya…kalau PAS keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai ADUN di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, AMANAH bersedia.

“Jadi, kalau PAS setuju dengan saranan Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon sebagai Menteri Besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding kita sokong.

“Tetapi kalau PAS tidak bersedia, maka AMANAH akan membuat tawaran kepada dia,”ujarnya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Pada masa yang sama, Wan Rahim berkata, beliau tidak akan membuat serangan peribadi kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Penghormatan saya kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar ini masih kukuh. Saya tidak akan membuat serangan peribadi kepada mereka. Saya tidak ada agenda peribadi, saya tidak ada serangan peribadi.

“Nak jawatan pun tidak, nak bertanding pilihanraya pun tidak. Saya terpanggil untuk bersama dengan AMANAH dengan pengalaman yang saya ada. AMANAH memerlukan saya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");