Sukan Hari Ini

Amanat jurulatih tonik kejayaan

Kuala Lumpur: Perancangan dan amanat ketua jurulatih Sharizan Sahari berjaya direalisasikan pemain Kuching FA untuk memastikan kejuaraan edisi pertama Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) menjadi milik mereka.

Sharizan tidak dapat bersama pasukan ketika wakil Sarawak itu menewaskan Padang Besar di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin kerana menunaikan umrah.

Pengurusnya, Iswandi Ali Hassan menjelaskan sasaran untuk mendapatkan gol awal menjadi realiti walaupun mereka turut turun tanpa dua tonggak utama – kapten Ahmad Shakri Tuah dan Ahmad Faiz Bujang.

“Semua perancangan menjadi kenyataan. Pemain memberi komitmen 100 peratus bagi memastikan kejayaan ini,” katanya.

Kuching FA yang turun selaku bukan pilihan, mendahului dua jaringan seawal 10 minit pertama sebelum meledak satu lagi gol pada penghujung babak kedua untuk melengkapkan kemenangan 3-1.

“Kami berhasrat melangkah lebih jauh dengan beraksi di Piala FAM musim depan. Kami berharap mendapat penajaan yang mencukupi untuk melakukannya,” tambahnya.

Sementara itu Padang Besar yang turun selaku pasukan pilihan terpaksa berputih mata dengan kesilapan mudah di awal perlawanan memusnahkan harapan wakil dari Perlis itu.

“Pada pentas final sebarang kesilapan pasti akan membawa padah dan ini berlaku kepada kami pada awal perlawanan. Kami melakukan kesilapan dan ia dimanfaatkan lawan.

“Dua gol dalam tempoh 10 minit mengubah corak permainan pasukan, tapi positifnya kami bangkit untuk memberikan cabaran serta berjaya menjaringkan gol sebelum rehat,” kata Pengurus Padang Besar Mohd Nizam Ismail.

Penyerang Temerloh Nabilah Khan Razali muncul pemenang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak selepas mengumpul lapan gol sepanjang kempen berlangsung.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");