Sukan Hari Ini

Angkat berat ke Rio

Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai siapa atlet angkat berat yang layak dan menjadi pilihan untuk menggalas cabaran negara di Olimpik Rio kini semakin hangat diperkatakan selepas Malaysia berjaya meraih satu tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Pada Kejohanan Angkat Berat Asia di Tashkent, Uzbekistan, semalam, skuad negara mengesahkan seorang wakil apabila berada dalam kelompok tujuh terbaik daripada 18 negara.

Hanya tujuh negara terbaik yang masih belum menempah tiket dalam kategori individu diberikan peluang beraksi di Olimpik Rio.

Berbaki acara 105 kilogram ke atas, Malaysia berada pada kedudukan ketiga dengan 137 mata yang disumbangkan lapan atlet negara seperti Hafifi Mansor (gambar), Zulhelmi Md Pisol, Azroy Wafie dan Aznil Bidin.

“Saingan masih belum berakhir sepenuhnya (berbaki kategori 105kg ke atas) namun Malaysia bakal menamatkan saingan antara empat negara terbaik menurut kiraan mata.

“Persatuan akan berbincang dengan jurulatih dan Majlis Sukan Negara (MSN) siapa yang harus dihantar ke Rio selepas kami pulang dari Uzbekistan nanti,” kata Setiausaha Kehormat PABM Pang Siew Huat.

Jelasnya, kejayaan yang dicapai adalah kerana persembahan luar jangka yang dipamerkan atlet negara dan semua pihak berjaya memainkan peranan yang diamanahkan.

Atlet angkat berat terakhir yang beraksi di Olimpik adalah Amirul Hamizan Ibrahim pada Beijing 2008 selepas layak secara merit dalam kategori individu.

Kejayaan angkat berat itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai 14 atlet ke Rio menerusi terjun (lima), berbasikal (dua), kapal layar (dua) selain memanah, menembak, renang dan olahraga yang masing-masing mempunyai seorang wakil.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");