Berita Hari Ini

Bahagi kawasan ikut zon, kesan helikopter

BENTONG – ?Usaha mencari bangkai helikopter ?jenis Eurocopter AS350 yang terhempas dan mengorbankan enam individu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon pada 6 Mei lalu sedang giat dilakukan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lokasi helikopter terhempas adalah sekitar kawasan mayat ditemui di Sungai Batang Lupar.

“Setiap hari kita menggariskan kawasan tertentu ?bagi operasi pencarian.

“Pada hari pertama kejadian, kita telah mencari di kawasan seluas 2,000 ?kilometer persegi dan sebanyak 800 kilometer persegi pada hari kedua.

“Kita akan ?terus bahagikan zon dalam operasi mencari bangkai helikopter,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jom JPJ ?peringkat Pahang anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Dataran Trans di sini, hari ini.

Helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas itu ?dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang 6 Mei lalu menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Turut terkorban ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala? Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan

Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Selain itu, Tiong Lai juga memaklumkan mulai 1 Jun ini, orang ramai boleh ?memperbaharui atau melakukan transaksi berkaitan geran kenderaan secara dalam talian bagi memudahkan urusan seperti menukar hak milik kenderaan tanpa perlu ke kaunter. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");