Berita Hari Ini

Bandar Melaka dipilih finalis ke EHCC 2016

MELAKA: Bandar raya ini dipilih sebagai satu daripada finalis bagi Cabaran Bandar Hari Bumi atau Earth Hour City Challenge (EHCC) 2016 yang bakal berlangsung di Quito, Equador pada Oktober ini.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman, berkata selain Melaka, Petaling Jaya, Selangor dan Pulau Pinang turut terpilih untuk mewakili negara ke EHCC 2016 bagi bersaing bersama 45 bandar raya lain dari 21 negara seluruh dunia.

“Melaka dipilih kerana inisiatif kerajaan negeri melakukan pemulihan Sungai Melaka, memperkenalkan kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

EHCC 2016 adalah satu inisiatif yang dilakukan oleh World Wildlife Fund (WWF).

“Ia (EHCC) antara lain bertujuan menggerakkan tindakan dan sokongan bandar di seluruh dunia untuk mengatasi perubahan iklim global dan merangsang pembangunan serta ke arah bandar raya hijau berkarbon rendah,” katanya. B

eliau berkata demikian pada sidang media Kempen Kami Sayangkan Bandar Raya 2016, di Seri Negeri, di sini, hari ini. ECHH 2016 berlangsung selama dua bulan bermula dari 26 April hingga 19 Jun ini.

Antara finalis bandar raya yang dipilih adalah Balikpapan, Bogor dan Jakarta dari Indonesia; Paris, Perancis serta Cape Town dari Afrika Selatan.

Rakyat Malaysia boleh membantu dengan mengundi di laman welovecities.org/Melaka dan kongsikan pandangan, gambar serta video melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram menggunakan hashtag #welovemelaka untuk melayakkan Melaka menjuarai Cabaran Bandar Hari Bumi,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");