Jenayah

Bangunan SMK Sultan Ibrahim 2 terbakar

PASIR MAS – Sebuah blok yang menempatkan bengkel kemahiran hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2 terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.15 malam itu mengakibatkan keseluruhan bangunan termasuk peralatan musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Nazri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah malam.

Katanya, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tunjong telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran serta menyelamat.

“Ketika kami sampai api sedang marak dan membakar 80 peratus bangunan berkenaan.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.55 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.32 pagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");