Berita Hari Ini

Banyak perlu dilakukan untuk majukan masyarakat Dayak

KUCHING – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Anak Numang Jabu mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan? Sri Adenan Satem kerana melantik empat Adun daripada kaum Dayak sebagai anggota Kabinetnya termasuk sebagai dua sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Jumaat lalu Adenan melantik tiga timbalan ketua menteri, iaitu bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Jabu berkata, beliau cukup yakin dengan kepimpinan Uggah yang juga Adun Bukit Saban dan Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, mampu untuk memberi perkhidmatan cemerlang dalam memajukan masyarakat Dayak, khususnya di luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Gawai Dayak yang disempurnakan Uggah di Bandar Baharu Batu Kawah di sini, malam tadi.

Menurut Jabu, masih banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan masyarakat Dayak sambil menyeru masyarakat itu memberi sokongan penuh kepada Uggah supaya beliau dapat berkhidmat dengan baik.

Sementara itu Ketua Publisiti PRS Alexander Donald dalam kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Adenan kerana melantik Masing sebagai Timbalan Ketua Menteri dan menyifatkan pelantikan itu, sangat wajar berikutan kejayaan parti itu memenangi kesemua 11 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri, 7 Mei lalu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");